“Watak Warda dijadikan idola setiap wanita, penonton pandang tinggi pada watak itu” – Neelofa

Watak Warda dijadikan idola setiap wanita, penonton pandang tinggi pada watak itu” – Neelofa  | Pelakon dan pengacara Neelofa, 27, tidak menafikan dia menggunakan populariti drama Suri Hati Mr Pilot sebagai strategi pemasaran baru untuk melariskan perniagaan tudungnya.

Menurut Neelofa, sebelum menggayakan tudung rekaan terbarunya dalam drama itu, dia terlebih dulu berbincang dengan pengarah dan penerbit drama itu, Michael Ang dan Astro.

 
"Watak Warda dijadikan idola setiap wanita, penonton pandang tinggi pada watak itu" - Neelofa

“Watak Warda dijadikan idola setiap wanita, penonton pandang tinggi pada watak itu” – Neelofa

“Saya sudah mendapat keizinan daripada kedua-dua pihak. Ketika saya mula-mula keluarkan tudung, tidak ramai yang jual tudung tetapi selepas perniagaan tudung saya berjaya, ramai yang mengikut jejak langkah saya. Ketika itu saya menggunakan laman sosial seperti Instagram serta Facebook untuk berkempen dan mengadakan tutorial cara bertudung.

“Selepas iti semakin banyak produk tudung di pasaran dan orang ramai tidak boleh membezakannya. Jadi saya menggunakan drama untuk promosi cara baru yang belum pernah dilakukan sesiapa. Sebenarnya saya cuba saja dan tak sangka pula ia mendapat maklum balas yang sangat bagus dan tudung saya habis dijual.

“Watak Warda saya bawakan dalam drama itu adalah watak diimpikan setiap wanita. Penonton pandang tinggi pada watak itu dan mereka menjadikan Warda sebagai idola mereka yang digambarkan seorang yang berjaya, berpendidikan tinggi, tenang, bergaya dan isteri yang baik. Oleh itu ramai yang mahu jadi Warda sehingga apa saja yang dipakai Warda dalam drama itu menjadi ikutan,” katanya.

Selain tudung, baju yang dipakai Neelofa hasil rekaan beberapa pereka fesyen terkenal turut habis dijual.

“Khusus untuk peminat drama itu, saya menggunakan khidmat penata gaya yang datang ke rumah sebelum saya ke lokasi penggambaran untuk berbincang dan memilih baju yang akan saya pakai di lokasi. Setiap baju yang dipakai mengikut kesesuaian adegan termasuk babak kemalangan.

“Saya tidak langsung menggunakan baju daripada ‘wardrobe’. Hampir tiga tahun saya tidak berlakon drama jadi saya perlu tampil menarik dan anggun. Malah Michael sendiri turut menyediakan penata gaya iaitu Abu untuk menjaga penampilan semua pelakon,” katanya.

Sumber: Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post