36,000 Penjawat awam ponteng kerja guna MC palsu, sekeping dijual serendah RM30

Seramai 36,000 penjawat awam didakwa menggunakan sijil sakit (MC) palsu sejak 2010, jumlah kes ponteng yang dianggap “membimbangkan.”

Apatah lagi kini MC palsu dijual dengan mudah, termasuk melalui atas talian seperti WhatsApp, dengan harga serendah RM30, lapor Harian Metro.

36,000 Penjawat awam ponteng kerja guna MC palsu, sekeping dijual serendah RM30

36,000 Penjawat awam ponteng kerja guna MC palsu, sekeping dijual serendah RM30

Tempahan dikirim melalui pos dalam masa tiga hari selepas bayaran dikreditkan ke dalam akaun penjual.

Dokumen MC disediakan penjual mengikut nama klinik swasta, daerah dan bandar yang dikehendaki pembeli, lengkap dengan tandatangan pegawai perubatan.

Semakan akhbar itu juga mendapati selain WhatsApp, urus niaga dibuat melalui Facebook dan WeChat, berbeza harga sehingga RM100.

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), yang mendakwa 36,000 menggunakan MC palsu, menggesa mereka meletakkan jawatan.

“Cuepacs memandang serius kerana ia secara tidak langsung mencemarkan imej penjawat awam lain,” kata presidennya Datuk Azih Muda seperti dilaporkan akhbar itu.

“Ia adalah satu kesalahan besar dan mereka yang didapati terbabit boleh dikenakan tindakan tatatertib daripada majikan masing-masing.”

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post