Ambil BR1M tapi tak perlu undi BN, kata Zaid

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menggesa orang Melayu di negara ini supaya tidak terasa terhutang budi dengan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) oleh kerajaan.

“Mereka mesti ambil duit BR1M, tetapi tidak perlu berasa terhutang budi untuk mengundi BN. Untuk bebas, mereka tidak boleh memepercayai (berita) disiarkan TV3 tanpa memeriksa sumber-sumber lain,” katanya.

Bekas anggota Parlimen Kota Bharu itu berkata, alternatif itu adalah pilihan lain daripada menjadi ‘hamba’ pemimpin rasuah dan pembohong.

Pada masa yang sama, katanya, para peneroka Felda juga mempunyai pilihan sama ada mahu kekal dengan hutang atau bersetuju untuk menerima pendahuluan RM1,500 yang tidak mampu dibayar balik atau boleh mengambil alih tanah mereka semula dengan mengundi kerajaan baru.

“Rakyat Malaysia di kawasan bandar boleh buat keputusan jika mereka mahu sebuah kerajaan yang membelanjakan beratus-ratus bilion ringgit untuk kereta api laju dan bangunan 100 tingkat.

“Atau mereka mahu lebih banyak dana yang ada untuk pendidikan anak-anak mereka, perumahan dan kemudahan sosial asas,” katanya.

Tebus kembali maruah

Selain itu, Zaid berkata, 2.5 juta graduan muda yang mengambil pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga boleh membuat pilihan menebus kembali maruah mereka.

Katanya, mereka kini tidak mempunyai maruah diri gara-gara hutang pinjaman tersebut.

“Mereka tidak mampu bayar pinjaman, disenarai hitam dan menghadapi sekatan perjalanan. Mereka menjadi tidak lebih daripada buruh kontrak.

“Mereka tidak akan berada pada kedudukan begitu sekiranya di bawah (pentadbiran) kerajaan yang lebih bertanggungjawab dan berwibawa.

“Sebuah kerajaan bertanggungjawab akan mematuhi undang-undang dan syarat yang menentukan PTPTN ditubuhkan. Dalam menyemak kelayakan pelajar, kerajaan yang lebih bertanggungjawab tidak akan menghantar pelajar (yang kepentingannya terletak di tempat lain) untuk mengisi tempat-tempat di kolej-kolej swasta yang dimiliki oleh syarikat kroni dan rakan-rakan mereka.

“Pinjaman (PTPTN) seperti kad kredit – anda perlu bertanggungjawab kepada golongan muda atau mereka mungkin berakhir dengan terbeban dan derita seumur hidup,” jelasnya.

Tambahnya, golongan belia di Malaysia boleh memilih kerajaan yang akan menguruskan masalah kewangan mereka dengan waspada dan pendidikan berpandangan jauh.

“Atau mereka boleh terus hidup di bawah pemimpin yang tidak cekap yang menghancurkan kehidupan mereka.

“Sarawak dan Sabah juga boleh membuat keputusan jika mereka mahu terus diterajui oleh pemimpin-pemimpin yang tidak cekap dan rasuah di Putrajaya, atau mereka boleh menjadi rakan kongsi sebenar dalam membentuk nasib negara ini,” katanya.

Sumber: Malaysiakini



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post