Anak Angkat Penyeri Hidup Azharina

Anak Angkat Penyeri Hidup Azharina

Gambar: Instagram Azharina

Lupakan sekejap kisah kemenangan Azharina pada konsert Akhir Gegar Vaganza 3 baru-baru ini, dah lama sebenarnya kita tak dengar kisah peribadi Azharina.

Azharina telah melangsungkan perkahwinannya bersama dengan seorang datuk pada tahun 2000 di Kuala Lumpur namun bahtera kebahagian mereka terlerai pada tahun 2008 dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Gambar: Instagram Azharina

Jika selama ini anda pernah ternampak gambar Azharina bersama seorang kanak-kanak comel, kanak-kanak bernama Rahmat merupakan anak angkat Azharina yang juga merupakan anak kepada sepupunya.

Memetik kenyataan menerusi Media Hiburan, “Sebenarnya Rahmat merupakan anak angkat saya dan alhamdulillah sejak kehadirannya saya bahagia dan gembira. Dia mengubati kesunyian hati Nina.

Gambar: Instagram Azharina

"Pada tahun pertama saya agak kekok jugalah menjaganya namun lama-kelamaan saya sudah biasa," jelasnya.

Dengan kehadiran Rahmat atau lebih popular dipanggil King Rahmat, kehidupan Nina dilimpahi kasih sayang. Biarpun masih solo ketika ini, King Rahmat terus menjadi penyeri dan sumber kebahagiaan dalam kehidupan Nina.
 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post