Angkara Berita Palsu, Kedai Makan Terus Tak Laku

Pernahkah anda menerima apa-apa mesej yang mendakwa restoran atau mana-mana gerai makan tidak halal ataupun menggunakan bahan terlarang dalam masakan mereka dan adakah anda mempercayai mesej tersebut?

BACA: 6 Bandar Terbaik Untuk Penggemar Street Food

Mungkin anda merasakan mesej tersebut tidak mendatangkan sebarang kesan yang serius namun kerana satu mesej yang viral di applikasi Whatsapp telah menyebabkan sebuah rangkaian restoran di Hyderebad, India hampir lumpuh.

Shah Ghouse sebelum ini merupakan restoran yang terkenal dengan masakan briyani yang sedap kini hampir tidak mempunyai pelanggan apabila mesej berita palsu di Whatsapp mengatakan mereka menggunakan daging anjing dalam masakan telah viral.

Gambar anjing yang disebarkan melalui mesej tersebut. Gambar: thenewsminute.com

Mesej berita palsu itu diviralkan pada 8 Disember yang lalu dan berbunyi “Pada 11.45 pagi ni, pihak polis Cyberabad telah menahan pemilik Shahgouse kerana menggunakan daging anjing untuk masakan mereka”.

Menerusi mesej itu juga disertakan dua keping gambar yang menunjukkan seekor anjing sedang disembelih malah dalam mesej tersebut juga mendakwa pihak berkuasa tempatan telah melawat restoran berkenaan dan mengambil contoh makanan di restoran tersebut.

Berita tersebut telah disebarkan oleh seorang yang beridentitikan V. Chandra Mohan, 22 yang juga merupakan seorang pelajar sarjana pengurusan peniagaan.

Pada mulanya Chandra menerima mesej yang mempunyai gambar penyembelihan anjing dan kerana ingin bergurau dia telah mengubah mesej tersebut dengan mengatakan kejadian tersebut dilakukan oleh restoran Shah Ghouse dan menyebarkannya dalam kumpulan Whatsapp rakan sekolahnya.

Lebih memburukkan media massa di sana turut menyiarkan berita tersebut tanpa memeriksa kesahihan mesej berkenaan dan kesan itu dirasai oleh restoran Shah Ghouse apabila orang ramai mula menghindari untuk datang ke restoran tersebut kerana mempercayai mesej palsu itu.

Pemilik restoran Shah Ghouse, Mohammed Rabbani memberitahu sebelum ini beliau mempunyai 500 orang pekerja yang berkhidmat di seluruh cawangna restoran itu di Hyderabad namun kini dia sukar untuk mencari 100 orang pekerja pun kerana ramai yang mempercayai mesej palsu itu.

Antara hidangan di restoran Shah Ghouse

Beliau yang telah mengusahakan restoran tersebut semenjak tahun 1989 hasil simpanan wangnya dan beliau berkerja keras untuk membangunkan dan memajukan restoran itu.

“Pada Krismas tahun lalu, orang ramai memenuhi restoran ini dan jualan melebihi sasaran namun oleh sebab mesej palsu ini kini restoran saya hampir kosong,” keluh Rabbani ketika ditemui wartawan.

Kami mengharapkan perkara seperti ini tidak berlaku kepada pengusaha mana-mana restoran di Malaysia kerana buat masa ini mesej sering disebarkan melalui whatsapp.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Post a Comment

Previous Post Next Post