Apa Formula Rahsia Barisan Artis Ini Sehingga Menjadi Fenomena?

Apa Formula Rahsia Barisan Artis Ini Sehingga Menjadi Fenomena?

(Kredit Gambar: Instagram @official_aimantino & @yunamusic)

Mereka adalah satu fenomena! Mereka berbeza tetapi punya persamaan iaitu mempunyai lagu yang cukup popular di Malaysia. Aiman Tino, Sufian Suhaimi dan Projector Band, tiga nama baru dalam industri yang terus mencanak naik dengan satu lagu popular. Malah populariti lagu melebihi diri mereka. Yuna tentunya, ikon yang mencipta nama di persada antarabangsa manakala Estranged dan Khalifah, dua band lama yang punya formula untuk terus berada dalam industri dan terus diterima peminat! Inilah enam lagu tahun 2016 yang berada di carta teratas YouTube untuk jumlah tontonan tertinggi.

Aiman Tino
Ku Rela Dibenci

 

(Kredit Gambar: Instagram @official_aimantino)

Lagu berhantu yang menjadi fenomena, nyanyian penyanyi baru Aiman Tino. Lagu ini ditulis oleh bapanya Yusri Ishak dengan menggunakan nama pena A.C.K dan liriknya ditulis oleh isterinya Riena. Video nyanyian Aiman yang mengisahkan seorang lelaki yang sedang menghitung saat kematian akibat satu penyakit sanggup melepaskan wanita yang dicintai kepada sahabat baiknya. Video ini baru sahaja dimuat naik 6 bulan lalu iaitu pada 1 Jun 2016 telah mendapat lebih daripada 25,713,300 jumlah tontonan setakat ini.

Yuna ft. Usher
Crush

(Kredit Gambar: Instagram @yunamusic)

Anak tempatan yang berstatus penyanyi antarabangsa, Yuna cukup terkenal dengan lagu berentak perlahan. Pertaruhan Yuna untuk berkolaborasi dengan penyanyi antarabangsa, Usher membuahkan hasil apabila lagu yang dimuatkan dalam album berjudul Chapters ini bukan sahaja diterima di Malaysia malah di seantero dunia. Crush yang baru sahaja dimuat naik di YouTube pada 26 April 2016, telah ditonton sebanyak 20, 216,398.  Album Chapters sendiri berjaya memasuki carta Top 10 di Billboard dalam kategori Album R&B terbaik, sebaris dengan artis ternama seperti Beyonce dan Rihanna. Yuna satu-satunya anak seni Malaysia yang berjaya tercalon dalam Kategori Lagu Asal Terbaik untuk anugerah Oscar 2017 untuk lagu On Ghost Ridge.


 
Sufian Suhaimi
Terakhir

(Kredit Gambar: Instagram @sufiansuhaimi_)

Seorang lagi penyanyi yang menjadi fenomena apabila lagu pertama nyanyiannya yang ditulis rakan seuniversitinya, Sirkhan dan Rinkarnaen dan liriknya ditulis Sirkhan mendapat jumlah tontonan yang tinggi di YouTube. Video Sufian Suhaimi, graduan Sarjana Komunikasi dari UiTM mula dimuat naik pada 24 Mei 2014, ditonton sebanyak 15,150,584 kali. Sufian kini  telah muncul dengan single kedua berjudul Harus Aku yang dilihat masih mampu mengekalkan populariti pemuda kelahiran Johor berusia 24 tahun ini.

Projector Band
Sudah Ku Tahu

(Kredit Gambar: Instagram @projectorbandofficial)

Populariti lagu Sudah Ku Tahu telah menaikkan nama kumpulan Projector Band. Pengaruh lagu cukup besar sehingga menjadi siulan ramai dan kerap diputarkan di corong-corong radio tempatan dan sejak dimuat naik di YouTube pada 18 Februari lalu, jumlah tontonan video ini melebihi 19,781,492. Sekali dengar, lagu nyanyian kumpulan yang dianggotai 5 anak muda yang terdiri daripada Iskandar Zulkarnain (vokalis), Razif Zainuddin (gitar), Muhammad Safiq Zainuddin (dram), Isnaidi Eidham (gitar) dan Ahmad Khusairi (basis) ini persis lagu era 80-an dengan elemen mendayu-dayu.

 

Estranged Feat Fazura
Hancur Aku


(Kredit Gambar: Instagram @missfazura)
10,588,909 jumlah tontonan sejak mula dimuat naik pada 6 Januari 2016, Hancur Aku ibarat satu pertaruhan berani Estranged yang kini bergerak dengan 3 orang ahli. Masakan tidak, mereka bergandingan dengan pelakon cantik, Fazura. Lagu ini simple dengan lirik berulang tetapi punya tarikan daripada sudut susunan lagu dan paduan suara untuk menarik pendengar mendengarnya berulang kali.

 

Khalifah
Hang Pi Mana

(Kredit Gambar: Instagram @khalifah_band_official)

Sedekad mengukir nama dalam landasan muzik bergenre rock bukanlah sesuatu yang mudah. Tidak ramai pemuzik yang mampu bertahan, dan akhirnya berpecah di pertengahan jalan. Khalifah pernah popular dengan lagu Cikgu Ana sebelum mereka menghilangkan diri daripada media arus perdana. Kemudian mereka muncul dengan lagu Hang Pi Mana? yang mendapat sambutan memberangsangkan dengan jumlah tontonan di YouTube sahaja sebanyak 8,983,680. Formula untuk diterima peminat yang digunakan kumpulan yang dianggotai Yabang (vokalis), Harry (gitar), Moy (basis) dan Tony (dram) ini tentunya  kisah kemasyarakatan berunsur nasihat. Dengan menyuntik unsur kepelbagaian dialek di Malaysia dengan elemen kekampungan dan jalan cerita yang dekat dengan masyarakat.

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post