Bayaran BR1M 2017 (Bantuan Rakyat 1Malaysia) akan mula dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat mulai pertengahan Februari 2017.
Berikutan itu, orang ramai boleh membuat permohonan baharu dan mengemaskini maklumat BR1M mulai hari ini hingga 31 Disember.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, bagi permohonan secara manual, pemohon yang layak menerima BR1M boleh memuat turun borang secara percuma di laman sesawang rasmi BR1M
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di http://ift.tt/PIAy0l atau www.treasury.gov.my.
“Selain itu, mereka juga boleh mendapatkan borang BR1M 2017 di mana-mana cawangan LHDN, pusat khidmat hasil (PKH) LHDN, dan pusat transformasi bandar (UTC) LHDN.
“Mereka yang mengisi borang perlu menyediakan dokumen tambahan seperti salinan pengenalan waris atau tanggungan, dokumen slip pendapatan atau dokumen lain yang berkaitan,” katanya.
Katanya, permohonan baharu dan mengemaskini maklumat juga boleh dilakukan secara dalam talian, namun hanya boleh dibuat menggunakan komputer sahaja kerana aplikasi eBR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih dan salinan permohonan perlu disimpan bagi tujuan rekod.
“Bagaimanpun, bagi permohonan baharu, mereka perlu mengemukakan maklumat peribadi dengan lengkap dan perlu dinyatakan maklumat waris, maklumat akaun bank dan nombor telefon yang boleh dihubungi.
“Penerima sedia ada (2016) juga perlu mengemaskini maklumat terkini untuk memudahkan proses bayaran dan permohonan yang tidak lengkap menyebabkan permohonan tidak dapat diproses atau gagal,” katanya.
Menurutnya, notis dan surat makluman lulus atau gagal akan diposkan kepada pemohon mulai minggu kedua bulan Februari 2017.
“Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau emel kepada br1m@treasury.gov.my untuk sebarang pertanyaan lanjut,” katanya.
Sumber: Harian Metro
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW