Berwajah Kacak Jadi Pelaris Cendol

Gambar: Facebook Alif Channel

Kalau sebelum ini pernah viral tentang Nasi Lemak Anak Dara kerana keayuan si penjualnya, gerai durian abang sado kerana kesasaan pemiliknya dan kini viral pula tentang gerai Wawasan Cendol kerana kekacakan pembuatnya.

BACA: Cuaca Panas, Peniaga Cendol Mampu Jual 500 Mangkuk Sehari

Perniagaan cendol milik M Kelvinraj yang sudah dimulakan dua bulan yang lalu telah viral apabila seorang pengguna Twitter berkongsi kekacakan wajahnya di laman sosial media itu.

Sejak daripada itu gerai cendol menjadi tumpuan ramai bahkan walau baru membuka perniagaan beberapa jam, cendol yang dijualnya sudah melebihi 100 mangkuk.

Gambar: Facebook Alif Channel

M Kelvinraj memberitahu Bernama bahawa dia memilih Jalan Yang Kalsom untuk lokasi perniagaan cendol milik keluarganya yang mana telah beroperasi sejak setahun lalu.

“Pada hujung minggu sahaja saya akan berniaga di Jalan Bandar Timah di sini berhampiran Plan B Ipoh, pada hari bekerja saya akan berniaga di Jalan Yang Kalsom kerana lebih ramai pelanggan,” ujar Kelvinraj.

Keistimewaan cendol yang dibuat Kelvinraj bukanlah hanya bergantung kepada kekacakan wajahnya semata-mata sahaja tetapi para pelanggan turut memuji rasa dan kualiti cendol yang disediakannya.

Ini kerana bahan-bahan yang digunakan telah mengikut resepi ibunya yang mana menggunakan 100 peratus gula melaka dan santan asli tanpa ditambah air.

Gambar: Facebook Alif Channel

Seorang pelanggannya, Afiq Naimuallah, 18, juga memberitahu rasa cendol yang jual Kelvinraj tidak seperti di tempat lain kerana santan yang digunakan tidak cepat cair walaupun telah dicampur dengan ais.

Daripada segi harga pula sangat berpatutan iaitu semangkuk cendol hanyalah sekitar RM3 sehingga RM4.50 dan setiap hari Kelvinraj mampu menjual kira-kira 150 mangkuk cendol dan bertambah sehingga 300 mangkuk pada hujung minggu.

Jadi bagi sesiapa yang berada di Ipoh bolehlah pergi mencuba cendol milik Kelvinraj ini dan kongsikanlah bersama kami bagaimana pandangan anda berkenaan rasa cendol ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Post a Comment

Previous Post Next Post