*SALAH FAHAM TERHADAP PARACETAMOL 6*
“Apa beza panadol yang dijual dalam pelbagai bentuk? Ada panadol actifast, ada panadol mestrual dan sebagainya.
*Panadol* dibuat oleh syarikat farmaseutikal GSK mempunyai beberapa bentuk.
*PANADOL REGULAR* mengandungi Paracetamol *500*mg yang boleh diambil oleh orang dewasa setiap 4-6 jam, sama ada sebiji atau dua biji setiap kali pengambilan.
*PANADOL EXTEND* mengandungi Paracetamol *665*mg, dan boleh bertahan sehingga 8 jam. Oleh itu diambil sebiji setiap 8 jam.
*PANADOL EXTRA* mengandungi *500*mg paracetamol dan *65*mg cafeine, untuk sakit yang lebih kuat dan tidak menyebabkan ketidak selesaan perut.
*PANADOL ACTIFAST* mengandungi Paracetamol *500*mg dan *173*mg Sodiumuntuk tindakan yang 2 kali ganda lebih cepat. Oleh kerana mengandungi Sodium, pesakit darah tinggi dan jantung yang dinasihatkan untuk mengambil sodium yang rendah dalam pemakanan agar berhati-hati.
*PANADOL MENSTRUAL* mengandungi paracetamool *500*mg dan Pamabrom *25*mg. Pamabrom bertujuan untuk mengurangkan kembung perut ketika haid.
*PANADOL SOLUBLE* mengandungi paracetamol *500*mg dan sodium *427*mg, Ia mudah larut dalam air. Kandungan sodium dalam ubat ini agak tinggi, pesakit darah tinggi dan jantung yang dinasihatkan untuk mengambil sodium yang rendah dalam pemakanan agar berhati-hati.
_Oleh kerana PANADOL dijual dalam pelbagai bentuk penyediaan, pesakit harus berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi, walaupun ia boleh dibeli tanpa preskripsi._
Saya tidak bertujuan menggalakkan penggunaannya tetapi menasihati agar menggunakannya secara berhati-hati.
Sumber: Dr Zubaidi b Hj Ahmad
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW