Dato Vida sakit jantung, terkejut kes gst jadi kes negara

Perbicaraan kes cukai barang dan perkhidmatan (GST) semasa menjalani penggambaran program realiti “The House” memberi cabaran besar kepada Datuk Seri Hasmiza Othman.

Dato Vida sakit jantung, terkejut kes gst jadi kes negara

Dato Vida sakit jantung, terkejut kes gst jadi kes negara

Hasmiza, mesra disapa Datuk Seri Vida berkata kesibukan jadualnya pada hari itu membuatkannya lemah namun terpaksa bertahan dengan komitmen yang sudah diaturkan.

“Saya ingat saya cuma pergi sekejap atau setengah jam sahaja tetapi tidak sangka ia menjadi kes negara.

“Saya ke Ipoh dan kembali sebelah malam untuk saya habiskan penggambaran. Kalau saya tak habiskan penggambaran, rosak program orang.

“Saya buang segala emosi tetapi saya sakit kepala dan jantung kerana terkejut dengan apa yang berlaku,” katanya dalam satu wawancara bersama ProjekMMO.

Pengasas Vida Beauty pada Oktober mengaku tidak bersalah atas tuduhan gagal mengemukakan penyata dan membayar GST membabitkan RM4.2 juta.

Beliau pada pertengahan bulan ini mengemukakan representasi kepada pihak pendakwaan terhadap 32 pertuduhan di Mahkamah Sesyen Ipoh.

Kes berkenaan akan disebut semula Khamis ini selepas Hasmiza dibenarkan ikat jamin RM1.76 juta bagi semua pertuduhan dengan pasport perlu diserahkan kepada mahkamah.

Hasmiza, 45, berkata pendakwaan itu kenangan yang tidak mudah dilupakan apatah lagi ketika sibuk menjalani program rakaman TV.

“Memang sakit. Saya fikir nak tidur saja. Tetapi saya juga kena fikir kesihatan saya.

“Jika program itu dirakam semula, saya rasa mood tidak akan sama. Dengan berat hati pun saya pergi. Saya kena profesional.

“Mahkamah pula kes juta, kes tangkap, kes kena ikat jamin,” katanya yang enggan mengulas lanjut kes berkenaan.

Bercerita pengalaman merakamkan “The House,” Hasmiza berkata program itu juga mendekatkan hubungan mereka sekeluarga.

Katanya, seminggu dalam program itu diharungi dengan tenang dan segala kehendak program dipatuhi.

“Ada 6 episod. Saya tetap mencuba walaupun tak ada pembantu rumah.

“Saya tarik nafas demi masa berkualiti,” katanya.

“The House” disiarkan setiap Rabu, 9.30 malam bermula minggu ini di Astro Ria.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post