Degil Resort disita, Jamal potong sendiri reben dan buka semula

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos pada Jumaat ‘membuka semula’ hotelnya sehari selepas disita oleh Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB).

Degil Resort disita, Jamal potong sendiri reben dan buka semula

Degil Resort disita, Jamal potong sendiri reben dan buka semula

Baca artikel sebelum: Sekin Hotel & Resort milik Jamal Yunos disita, Kerajaan Selangor dituduh tak puas hati insiden bertuala

Pembukaan itu dimulakan dengan acara memotong reben.

Pemimpin baju merah itu turut membuang pita pelekat yang digunakan MDSB bagi menyita premis tersebut.

“Kami telah memulakan operasi,” katanya.

Menurut Jamal, beliau turut menawarkan diskaun 50 peratus kepada tetamu, 60 peratus diskaun kepada pegawai dan kakitangan pihak berkuasa tempatan serta diskaun sebanyak 87 peratus kepada Azmin dan exconya.

Datuk Seri Azmin Ali adalah Menteri Besar Selangor.

Pada Khamis, Sekin Fishermen Village Hotel and Resort milik Jamal disita kerana beroperasi tanpa lesen.

MDSB juga merobohkan beberapa chalet yang dibina di atas tanah rizab kerajaan di belakang resort Jamal yang dibeli 10 tahun yang lalu.

Jamal berkata beliau telah mengemukakan permohonan bagi memohon lesen untuk menjalankan perniagaan lima tahun lalu tetapi masih belum menerima sebarang maklum balas daripada pihak berkuasa tempatan.

“Mengapa? Ia adalah kerana campur tangan politik. Selain itu terdapat sembilan perniagaan lain yang dibina di atas tanah rizab kerajaan di sini tetapi tiada tindakan yang diambil terhadap mereka,” kata Jamal.

 

Sumber: Mstar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post