Diskaun tol 10 peratus untuk Lebuhraya KL-Karak dan LPT1 sempena Krismas

Sempena sambutan Hari Natal, Anih Berhad, pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 memberikan diskaun tol 10 peratus kepada pengguna yang membuat bayaran secara elektronik di kedua-dua lebuh raya itu.

Diskaun tol 10 peratus untuk Lebuhraya KL-Karak dan LPT1 sempena Krismas

Diskaun tol 10 peratus untuk Lebuhraya KL-Karak dan LPT1 sempena Krismas

Pengarah Anih Berhad Datuk Nik Fauzi Nik Hussein memaklumkan diskaun itu akan ditawarkan 24 jam bermula 12.01 pagi Ahad (25 Dis) supaya pengguna dapat menikmati nilai tambahan dengan bayaran tol yang lebih rendah pada musim perayaan.

Pengguna juga dinasihatkan merujuk jadual cadangan waktu perjalanan yang dipaparkan di laman web www.anihberhad.com, laman twitter @LPPTrafik atau Facebook Lebuhraya Pantai Timur untuk perjalanan yang lebih selesa, katanya dalam kenyataan semalam. — Bernama

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post