Fathia Latiff bengang pramugari MAS tak nak tolong angkatkan beg

GARA-gara kesal dengan sikap pramugari MAS yang enggan membantunya mengangkat beg masuk ke dalam kompartmen di atas kerusi penumpang, pelakon Fathia Latiff memuat naik wajah pramugari tersebut di laman Twitter baru-baru ini.

Dalam gambar tersebut, Fathia menulis kapsyen ‘mintak tolong angkatkan beg but this stewardess cakap ada back ache! Get some rest la tak payah kerja kalau ada back ache. Kudos @masMalaysia’.

Fathia Latiff 'Bengang' Pramugari Enggan Bantu Angkat Beg

Fathia Latiff bengang pramugari MAS tak nak tolong angkatkan beg

Pelakon drama Ariana Rose ini mendakwa pramugrari tersebut bukan sahaja tidak mahu membantu atas alasan sakit belakang tetapi juga meninggikan suara dan membuat mimik muka.

“Dia (pramugari) tidak perlu biadap dan meninggikan suara dan membuat mimik muka. Tidak kisah di mana anda duduk. Kelas ekonomi atau bisnes. Etika adalah etika,” tulisnya.

Fathia Latiff 'Bengang' Pramugari Enggan Bantu Angkat Beg

Jelasnya, dia tidak mengarahkan tetapi hanya meminta tolong pramugari tersebut untuk mengangkat begnya ke kompartmen simpanan beg.

Namun, perkongsian Fathia mendapat kecaman daripada netizen yang menganggap tindakannya agak kurang bijak.

Ada juga netizen yang memberi pandangan mengenai perkara tersebut dapat dielakkan sekiranya pramugari tersebut terus membantu Fathia daripada memberi alasan sakit.

Namun ada juga netizen lain menerangkan bahawa pembantu penerbangan tidak dituntut untuk mengangkat beg penumpang, sebaliknya ia adalah tanggungjawab penumpang sendiri, seperti yang tercatat pada Maklumat Keselamatan dan Perkhidmatan di dalam majalah dalam penerbangan.

Susulan ‘kekecohan’ di antara netizen dengan perkongsian Fathia itu, pelakon Plan Cinta Tak Jadi itu kemudian memadam status kontroversi tersebut.

Sebelum ini, penyanyi Ainan Tasneem pernah menjadi viral kerana mengecam seorang pramugara yang enggan mengangkat beg sepupunya naik ke kompartmen dalam kabin pesawat Malaysia Airlines ketika pulang dari bercuti di Thailand melalui akaun Instagramnya.

Ainan telah dikecam netizen yang menganggap dia bertindak melulu kerana memviralkan perkara itu tanpa mengetahui bahawa mengangkat beg penumpang dalam kabin tidak termasuk dalam skop kerja pembantu penerbangan.

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post