Fattah Amin mengaku jumpa keluarga Neelofa, minta restu kawan lebih rapat

Masih berteka-teki status hubungan cinta, pelakon Fattah Amin mengakui sudah berjumpa dengan keluarga Neelofa meminta restu untuk berkawan lebih rapat.

“Ada memang ada [jumpa keluarga]. Perkara macam ini kita tidak tahu lagi. Jodoh itu ditangan Allah kita boleh merancang sahaja,” katanya ketika ditemui di Anugerah Melodi 2016, di sini, Sabtu lalu.

Fattah Amin mengaku jumpa keluarga Neelofa, minta restu kawan lebih rapat

Fattah Amin mengaku jumpa keluarga Neelofa, minta restu kawan lebih rapat

“Kalau nak berkawan rapat dengan seorang perempuan, mestilah kena jumpa minta kebenaran keluarga.”

Sebagai seorang lelaki, Abdul Fattah Mohd Amin, 26, berkata dirinya akan meminta kebenaran dari keluarga pihak perempuan terlebih dahulu untuk berkawan secara terbuka.

“Saya seorang lelaki yang kalau hendak berkawan dengan perempuan dan ketara nampak di tempat awam, saya pastinya akan minta restu keluarga,” katanya mengakui kedua-kedua keluarga juga sudah saling berkenalan.

Fattah dan Neelofa mendapat jolokan nama “Lofattah” oleh peminat selepas gandingan mereka dalam drama “Suri Hati Mr Pilot” menjadi fenomena.

Kelihatan intim dalam gambar dan video di akaun Instagram masing-masing, tiada sebarang pengakuan atau penafian dibuat mengenai soal hati.

Sementara itu, Neelofa yang menang Personaliti Pengacaraan ketika ditemui di majlis sama menyatakan kesediaan menamatkan zaman bujang.

Namun pengacara MeleTOP itu mahu berhati-hati memilih calon pasangan hidup yang sesuai.

“Saya pun dah 27 tahun. Saya rasa saya perlukan masa dan ruang bernafas juga untuk buat pilihan terbaik untuk masa depan saya,” katanya kepada ProjekMMO.

“Tapi [soal kahwin] sensitif sangat hendak cerita sebab ia melibatkan keluarga saya dan melibatkan orang lain juga. Saya tak nak sakitkan hati sesiapa.

“Sekarang saya pun tak tahu siapa jodoh saya. Untuk sekarang saya berkawan dan pilihan masih terbuka dan biarlah ia berjalan seperti biasa,” katanya.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post