Gadis pelat mat salleh, Coco didakwa rampas suami orang kerana duit

SEBUT sahaja nama Coco, kami pasti ramai masih ingat lagi dengan video viralnya yang bercakap menggunakan accent mat salleh sambil mendakwa dirinya mempunyai keturunan Cina, Pakistan dan Serani.

 

Sejak dari insiden itulah, Coco terus mendapat perhatian media sosial meskipun ada yang menjadikan accent-nya sebagai bahan ketawa.

Dalam pada populariti yang dikecapi itu, baru-baru ini timbul cerita kurang enak mengenai gadis berasal Kuala Lumpur ini.

Ini susulan seorang wanita mendakwa Coco telah mengoda dan merampas suami kepada seorang wanita hamil.

Menerusi posting yang dimuat naik, wanita itu mendakwa Coco telah meninggalkan tunangnya setelah lelaki itu menawarkannya RM40,000.

Wanita Dakwa Coco Rampas Suami Orang Kerana Duit

“Bukan betina murah konon, tinggalkan tunang untuk jantan yang offer RM40 ribu. Pastu cakap tunang yang tinggal kau.

“Tolong jangan berlagak suci. Kalau kau bukan perempuan murah, kau takkan goda lelaki dah kahwin untuk duit,” tulisnya.

Posting itu turut mendapat perhatian rakan Coco yang kemudian memaklumkan kepada Coco.

Coco bagaimanapun dilihat mempertahankan dirinya dengan membalas komen, “Wow ada bukti? cakap jangan sampai jadi fitnah.”

Sementara itu, seorang netizen bertindak berkongsi gambar Coco bersama seorang lelaki dipercayai suami orang yang dimaksudkan menerusi ruangan komen wanita tersebut.

Wanita Dakwa Coco Rampas Suami Orang Kerana Duit

Dalam pada itu, kami cukup tertarik dengan kapsyen Coco menerusi sebuah gambar yang dimuat naik, semalam.

“Sentiasa ingat, tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Jadi jangan salahkan aku. Sikit tak heran jika dia pergi, come on aku king,” tulisnya.

Apa pun jika benar dakwaan wanita itu, Coco sudah besar, pandai-pandailah dia fikir apa yang baik untuk dia. Betul tak?

Wanita Dakwa Coco Rampas Suami Orang Kerana Duit

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post