“Harimau pun ayah lempang, ini kan pula Suu Kyi. Apa masalah kamu?” – Rani Kulop

Aktivis dan sensasi Internet Abdul Rani Kulup hari ini menyertai himpunan setiakawan dengan masyarakat Rohingya di Myanmar dan memberi amaran akan terbang ke negara itu, jika perlu.

"Harimau pun ayah lempang, ini kan pula Suu Kyi. Apa masalah kamu?" - Rani Kulop

“Harimau pun ayah lempang, ini kan pula Suu Kyi. Apa masalah kamu?” – Rani Kulop

Rani yang mahu dipanggil “Ayah Arka” juga menyatakan kekecewaannya kepada ikon kebebasan Myanmar Aung San Suu Kyi dalam menangani nasib etnik Rohingya.

“Jangan sampai ayah terbang ke sana serang seorang diri. Jangan main-main, harimau pun ayah lempang, ini kan pula Suu Kyi. Apa masalah kamu?” soal Abdul Rani.

Rani berkata seluruh dunia telah mendengar suara hati rakyat Malaysia yang bersimpati dengan nasib etnik Rohingya, namun perkara itu dipandang sepi oleh kerajaan junta Myanmar.

Rani menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) segera bertindak.

Rani bersama kira-kira 70 orang termasuk sekumpulan kecil etnik Rohingya di Malaysia berdemonstrasi terhadap kezaliman kerajaan junta itu di hadapan Masjid India, Kuala Lumpur hari ini.

‘Memo dalam lubang’

Mereka membawa sepanduk yang dengan kenyataan “hentikan kekejaman” dan “selamatkan Rohingya” selain melaungkan ungkapan “Allahuakbar” berkali-kali.

Hadir sama dalam demonstrasi aman petang tadi Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM).

Abdul Rani juga turut menasihatkan sami-sami di Myanmar yang menyatakan bantahan terhadap pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak “tidak membuat hal”.

“Kalau nak hantar memo hantar saja kami akan layan dengan baik, tapi kedutaan kamu sendiri biadab.

“Dua, tiga kali saya hantar memo tapi serah dalam lubang (peti surat) sahaja, dahlah lubang tu kecil,” kata Abdul Rani.

Beliau sebelum ini pernah beberapa kali menyerahkan memorandum bantahan ke kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur.

 

Sumber: Malaysiakini



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post