Keputusan Harith menang pertandingan lawak antarabangsa itu diumumkan penganjur, Laugh Factory menerusi Twitter, sejam yang lalu. Difahamkan, pemilihan pemenang dibuat berdasarkan undian atas taian penonton di seluruh dunia.
Kejayaannya itu mengatasi empat peserta lain yang bertanding di peringkat akhir iaitu Alex Calleja dari Filipina, Katerina Vrana (Greece), Mino van Nassau (India) dan David Kilimick (Israel). Selaku juara, Harith menerima hadiah wang tunai sebanyak AS$100,000 (RM442,150).
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Tags:
Rojak