Imam ceritakan detik isteri hamil 7 bulan ditembak mati sebelum dia melarikan diri…

Dhaka: Ramai daripada 50,000 pelarian Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh menceritakan pengalaman mengerikan, termasuk wanita dirogol beramai-ramai, penyeksaan dan pembunuhan beramai-ramai orang awam oleh pasukan keselamatan Myanmar.

Imam ceritakan detik isteri hamil 7 bulan ditembak mati sebelum dia melarikan diri...

Imam ceritakan detik isteri hamil 7 bulan ditembak mati sebelum dia melarikan diri…

Mereka kini tinggal di kem pelarian yang tidak berdaftar dengan UNHCR di Cox’s Bazar, Bangladesh yang bersempadan dengan Myanmar.

Kerajaan Myanmar menafikan dakwaan jenayah kemanusiaan dan pembersihan etnik itu namun ia melarang wartawan asing serta penyiasat bebas memasuki Rakhine, penempatan penduduk Rohingya yang beragama Islam.

 

Menurut Al-Jazeera, Ketua agensi pelarian UNHCR di Bangladesh, John McKissick memberitahu BBC, pasukan keselamatan Myanmar membunuh penduduk lelaki, kanak-kanak, merogol wanita, membakar rumah dan memaksa penduduk menyeberang sungai memasuki Bangladesh.

Ini bukan kali pertama dakwaan kerajaan Myanmar melakukan pembunuhan beramai-ramai penduduk Rohingya sebagai pembersihan etnik. Pada April 2013, Pemerhati Hak Asasi Manusia melancarkan kempen menentang pembersihan etnik Rohingya, tuduhan yang dinafikan Presiden Myanmar ketika itu, Thein Sein.

Penderitaan penduduk Rohingya semakin jelas melalui temuramah dengan pelarian yang memasuki Bangladesh, seperti Mohammad Ayaz yang memberitahu tentera yang menyerang perkampungannya, membunuh isterinya yang hamil.

Sambil memeluk anak lelaki berusia dua tahun, dia menceritakan mengenai tentera membunuh sekurang-kurangnya 300 penduduk lelaki yang dikumpulkan di pasar serta merogol beramai-ramai puluhan wanita sebelum membakar 300 rumah, kedai milik penduduk Islam dan masjid yang Mohammad Ayaz adalah imam.

“Mereka menembak mati isteri saya (Jannatun Naim, 25) yang hamil tujuh bulan. Saya berjaya melarikan diri dan berlindung dalam terusan bersama anak ini yang dipukul dengan raifal,” katanya yang menjual jam tangan dan kasut sebagai bayaran perjalanan ke Cox’s Bazar di Bangladesh yang bersempadan dengan Myanmar.

Ramai pelarian berjalan-jalan berhari-hari tanpa makanan sebelum menaiki bot usang menyeberang ke Bangladesh selepas menjual apa saja yang boleh dijual bagi mendapatkan wang untuk bayaran perjalanan.

Kerajaan Bangladesh menghadapi tekanan supaya membuka sempadannya kepada pelarian terbabit. Sejak beberapa bulan lalu, Bangladesh menghalang pendaratan ratusan bot serta mendesak Myanmar supaya memikul tanggungjawab menghalang penduduk Rogingya daripada menjadi pelarian.

“Sukar untuk Bangladesh membuka sempadannya kerana ia akan menggalakkan kerajaan Myanmar meneruskan usaha pembunuhan dan menghalau Rohingya sehingga pembersihan etnik minoriti Islam di negara itu tercapai,” kata McKissick.

Imej satelit membuktikan kerajaan Myanmar memusnahkan perkampungan, dianggarkan lebih 1,000 rumah penduduk Rohingya dibakar.

Sumber: Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post