Larang rakyat sendiri bekerja di Malaysia, Malaysia mengalu-alukan keputusan kerajaan Myanmar

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia mengalu-alukan keputusan kerajaan Myanmar untuk melarang rakyatnya bekerja di Malaysia.

Larang rakyat sendiri bekerja di Malaysia, Malaysia mengalu-alukan keputusan kerajaan Myanmar

Larang rakyat sendiri bekerja di Malaysia, Malaysia mengalu-alukan keputusan kerajaan Myanmar

“Keputusan itu tidak akan memberi akibat langsung kepada Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutup perhimpunan Agung Parti IPF Ke-24 di sini, hari ini.

Baca artikel sebelum: Hubungan tegang, Myanmar henti penghantaran pekerja ke Malaysia

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian apabila diminta mengulas laporan mengenai keputusan kerajaan Myanmar yang melarang rakyatnya bekerja di Malaysia berkuat kuasa 6 Disember lepas.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Imigresen Myanmar mengumumkan pihaknya telah menghentikan pengeluaran lesen kepada rakyatnya yang mahu bekerja di Malaysia.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot pula dilaporkan berkata, bahawa pihaknya belum menerima notis rasmi daripada kerajaan Myanmar berhubung larangan itu. – Bernama

 

Sumber: Sinar Harian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post