Enam sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak maut selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas dalam kemalangan ngeri di Kilometer 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berdekatan Plaza Tol Chukai, kira-kira jam 5.30 petang tadi.
Kemalangan berkenaan turut menyebabkan empat lagi ahli keluarga mereka yang lain cedera parah.
Nahas itu dipercayai berlaku selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Hyundai Starex Royal yang dinaiki 10 beranak itu pecah tayar sebelum ia terbabas melanggar pembahagi jalan dan merempuh tiang jejantas.
Saksi kejadian, Siti Nazirah Embong, 28, berkata, dia yang memandu bersebelahan kenderaan mangsa mendengar bunyi letupan kuat sebelum melihat kenderaan itu terbabas.
“Lepas rempuh tiang jejantas, enjin kenderaan itu terkeluar lalu tercampak dalam keadaan terbakar ke laluan bertentangan sementara kenderaan itu pula berpusing tiga empat kali.
“Ketika berpusing itu saya lihat tiga mangsa tercampak keluar dari kenderaan mereka,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Sumber: Sinar Harian
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW