Lupakan Selfie, Trend Gambar Travel 2017 Adalah Gambar Pintu

Lupakan Selfie, Trend Gambar Travel 2017 Adalah Gambar Pintu

Gambar: Azwa / Rojak Daily

Kalau anda penggemar selfie dikala travel dan suka upload di Instagram, masuk ke tahun 2017 ini, selfie sudah basi. Terkini mengikut travel blogger dan instagrammer popular, trend 2017 adalah gambar pintu.

Fotografi merupakan satu perkara yang mesti dilakukan ketika berlibur. Tidak kisah gambar anda ataupun permandangan, ia bertujuan untuk mempamerkan keindahan lokasi yang anda kunjungi.

Kini anda boleh mengikuti trend gambar travel 2017 iaitu mempamerkan gambar pintu. Dengan menggunakan #doortraits, anda boleh melihat keunikan pintu di pelbagai lokasi di London, Iran, India, Paris dan serata dunia.

Tapi kenapa pintu? Pintu punya maksud yang misteri dan membuatkan kita tertanya-tanya apakah yang akan ada disebaliknya. Pintu juga merupakan arah yang akan kita masuk untuk ke satu-satu bahagian jadi ia dianggap komponen yang sangat penting.

Jadi lepas ni kalau anda travel, jangan lupa ambil gambar pintu yang cantik-cantik dan gunakan #doortraits untuk dapatkan banyak likes dari pengguna Instagram serata dunia.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post