McDonald’s buang agensi yang disyaki bayar gaji terlalu rendah kepada pekerja di Malaysia

McDonald’s buang agensi yang disyaki bayar gaji terlalu rendah kepada pekerja di Malaysia | KUALA LUMPUR, 1 Dis ― McDonald’s menamatkan pembekal tenaga pekerjanya yang didakwa membayar upah terlalu rendah dan menempatkan mereka dalam keadaan daif.

Laporan akhbar The Guardian turut mendakwa agensi pembekal menahan gaji pekerja tersebut, serendah £0.60 (RM3.33) sejam, dan juga mengambil pasport mereka.

McDonald’s buang agensi yang disyaki bayar gaji terlalu rendah kepada pekerja di Malaysia

McDonald’s buang agensi yang disyaki bayar gaji terlalu rendah kepada pekerja di Malaysia

Pendedahan itu berdasarkan wawancara dengan 15 pekerja Nepal yang bekerja di beberapa restoran McDonald’s di sini.

Jenama global itu menjelaskan ia menamatkan kontrak dengan Human Connection HR dan menegaskan kebajikan pekerja menjadi “keutamaan teratasnya”, lapor Reuters hari ini.

Tiada dakwaan syarikat antarabangsa itu terlibat dalam sebarang salah laku, sementara Human Connection HR dilaporkan akan mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi.

Agensi tenaga buruh itu menyediakan pekerja untuk McDonald’s di Malaysia selama “beberapa tahun”, kata jurucakap syarikat itu Ron Christianson.

McDonald’s menggajikan 12,000 kakitangan di negara ini, namun warga asing tidak sampai 5 peratus daripada mereka.

Sumber: Malay Mail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post