Messi jumpa budak Afghan pakai ‘jersi’ plastik

KANAK-kanak Afghan yang menjadi sensasi di Internet apabila gambarnya memakai jersi Lionel Messi diperbuat daripada beg plastik telah bertemu dengan bintang Barcelona itu.

Messi Jumpa Budak Afghan Pakai 'Jersi' Plastik

Messi Jumpa Budak Afghan Pakai ‘Jersi’ Plastik

Gambar Murtaza Ahmadi, 6, yang memakai jersi menggunakan beg plastik yang tertulis nama Messi menjadi viral pada Januari lalu.

Susulan gambar itu, kanak-kanak tersebut turut mendapat jersi yang ditandatangani sendiri oleh Messi.

Namun, menurut jawatankuasa penganjur Piala Dunia Qatar 2022, Messi dan Murtaza telah bertemu di Doha.

Barcelona kini berada di Qatar untuk aksi persahabatan menentang Al Ahli pada Selasa.

Murtaza dilaporkan akan mengiringi Messi untuk berjalan di atas padang sebelum aksi sepak mula.

“Gambar yang mahu dilihat seluruh dunia. Kanak-kanak enam tahun yang mengimpikan untuk bertemu heronya, #Messi, akhirnya mimpi menjadi kenyataan,” tulis jawatankuasa tersebut di laman Twitternya pada Selasa.

Abangnya, Homayoun, 15, ‘mencipta’ jersi Messi menggunakan daya kreativitinya dengan menulis nama Messi di atas beg plastik berjalur biru dan putih dengan pen penanda berwarna hitam dan kemudiannya dipos di dalam laman sosial Facebook pertengahan Januari lalu.

Gambar terbabit menyentuh hati semua pencinta bola sepak antarabangsa dan mereka menggelarkan Murtaza sebagai ‘Messi Kecil’ di laman sosial.

Pada Februari lalu, Unicef Afghanistan di Kabul menyerahkan dua helai jersi pasukan yang diwakili Messi iaitu Barcelona dan Argentina berserta dengan sebiji bola ditandatangani oleh pemain bintang tersebut.

Pemberian hadiah itu merupakan simbol komitmen Messi bagi menghidupkan sukan di dalam kehidupan kanak-kanak.

Murtaza merupakan antara 246 juta orang kanak-kanak yang menetap di negara dan kawasan yang terjejas akibat daripada konflik sempadan dunia itu.

 

Sumber: MStar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post