Nelayan berusia 64 tahun berjaya menangkap ikan pari gergasi seberat 300 kilogram di perairan Tanjung Batu di sini, tengah hari semalam
Nelayan, Bihie Ismail,64, berkata, ikan berkenaan ditangkap pada jam 12 tengah hari sebelum berjaya ditarik ke pantai Kampung Bungai dua jam kemudian.
Menurutnya, ikan pari itu ditangkap melalui kaedah pukat rawai menggunakan umpan isi ikan.
“Pukat berkenaan memang untuk menangkap pari, tetapi, saya tidak menyangka akan dapat sebesar itu,” katanya ketika ditemui Harian Metro.
Katanya,setakat ini, dia sudah memperolehi RM1,000 hasil dari sebahagian jualan ikan berkenaan di pasar Bekenu dan penduduk kampung.
Sumber: Harian Metro
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Tags:
tbKOR