Nur Amira Syahira berkata, dia memenangi anugerah tersebut selepas berjaya memperoleh 100,000 pengikut yang menonton videonya bermain dram di saluran YouTube.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menonton video saya di YouTube hingga saya berjaya menerima anugerah ini.

“Kemenangan ini atas usaha keras kedua-dua orang tua saya yang banyak membantu dan menyokong minat saya dalam muzik serta bermain dram,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Jelas Nur Amira Syahira, dalam majlis tersebut, dia turut diumumkan sebagai YouTube Creator Terbaik di Malaysia.

Katanya, selepas kemena­ngan itu, dia berazam untuk melakukan lebih banyak video bermain dram yang unik termasuk menyanyikan lagu-lagu baharu dalam bahasa Thailand bagi mencapai jumlah satu juta penonton.

“Saya juga merancang untuk mengeluarkan single album terbaharu pada tahun depan.

“Keistimewaan album ini, saya bukan hanya akan bermain dram tetapi turut menyanyi,” kata pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Petaling.