Pelakon Nazim Othman kemalangan lepas penggambaran

Pelakon Nazim Othman kemalangan lepas penggambaran| Pelakon Nazim Othman, 32, berdepan saat cemas apabila terbabit dengan kemalangan di lebuhraya MRR2 jam 11 malam tadi.

Bintang utama drama Lara Aishah itu bagaimanapun menjelaskan dia tidak mengalami sebarang kecederaan namun risau sekiranya kejadian terbabit boleh memberi kesan kepada otaknya.

 
Pelakon Nazim Othman kemalangan lepas penggambaran

Pelakon Nazim Othman kemalangan lepas penggambaran

“Syukur tiada kecederaan serius di badan. Cuma kepala sahaja yang terhantuk ketika kejadian.

“Saya risau jika ia memberi kesan kepada otak apatah lagi sebelum ini pernah menjalani pembedahan,” katanya kepada Harian Metro.

Difahamkan kejadian itu berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai penggambaran.

Kereta Nazim dilanggar dari belakang dan berlaku kerosakan pada bahagian itu.

Sumber: Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post