Penerbit buat mesyuarat tergempar, putuskan Runningman tamat secara rasmi Februari 2017

ELEPAS tujuh tahun bersiaran, rancangan popular dari Korea Running Man akan melabuhkan tirainya pada Februari 2017.

Menurut laman web Koreaboo, pihak penerbitan membuat keputusan tersebut selepas mengadakan mesyuarat tergempar melibatkan kakitangan produksi serta beberapa bintangnya hari ini.

Penerbit buat mesyuarat tergempar, putuskan Runningman tamat secara rasmi Februari 2017

Penerbit buat mesyuarat tergempar, putuskan Runningman tamat secara rasmi Februari 2017

Keputusan terbaru itu bakal mengundang kesedihan peminat rancangan hiburan tersebut seluruh dunia.

Sebelum ini, Running Man dilanda kontroversi selepas dua bintangnya, Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo dikatakan bakal ditendang keluar daripada rancangan tersebut.

Keadaan itu memaksa penerbitnya  membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap penanyi dan pelakon tersebut serta peminat mereka.

Menurut kenyataan rasmi penyiar, SBS, dua bintang program berkenaan, Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo akan kekal sehingga tamat produksi walaupun mesyuarat tergempar memutuskan untuk menamatkan program itu tahun depan.

 

Sumber: Astroawani



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post