Penyamun kedai serbaneka tumpas dibelasah pekerja nepal dan bangla

Bawa parang kecil setiap kali melakukan kegiatan samun kedai serbaneka 24 jam. Itu taktik digunakan lelaki berusia 20-an yang dikesan aktif melakukan samun secara solo.

Suspek akhirnya diberkas selepas dibelasah dua pekerja warga asing ketika cuba merompak sebuah premis di Damansara Perdana, Ahad lalu.

Penyamun kedai serbaneka tumpas dibelasah pekerja nepal dan bangla

Penyamun kedai serbaneka tumpas dibelasah pekerja nepal dan bangla

Dalam insiden jam 5.30 pagi, lelaki itu gagal melarikan barang berharga serta wang tunai.

Suspek yang cuba melarikan diri ditahan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang kebetulan menjalankan rondaan di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, hasil siasatan mendapati suspek masuk ke premis berkenaan dengan memakai topeng muka.

Bagaimanapun katanya, dua pekerja warga Nepal dan Bangladesh yang menyedari tindakan suspek cuba menyamun premis berkenaan menghalangnya sebelum berlaku pergelutan.

“Suspek kemudiannya terus melarikan diri dan gagal melarikan apa-apa barangan daripada kedai serbaneka berkenaan.

“Ketika itu, tiga anggota URB kebetulan berada di lokasi menyedari kejadian itu dan terus bertindak mengejar suspek,” katanya.

Menurutnya, semasa dikejar, suspek juga dilihat cuba mencampakkan senjata yang dibawanya sebelum dia berjaya ditahan sejurus selepas itu.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post