Kerajaan mahu Bahagian Penasihat Undang-Undang Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Peguam Negara kaji semula undang-undang yang lapuk.
Arahan itu dikeluarkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ia berikutan banyak pihak tidak puast hati terhadap hukuman denda RM100 dijatuhkan Mahkamah Majistret Johor Bahru, Khamis lalu, terhadap wanita yang menulis perkataan babi pada saman dikeluarkan polis.
Menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga tidak berpuas hati dengan hukuman itu kerana ia satu bentuk penghinaan terhadap tugas mulia dilakukan polis.
“Oleh kerana undang-undang itu adalah undang-undang lapuk yang hanya sesuai pada ketika ia diwujudkan, bila perkara ini berlaku, saya amat bersetuju dengan Peguam Negara untuk mengkaji perundangan berkaitan dengannya.
“Ia bagi menyediakan perundangan dan hukuman rasional bagi tempoh panjang,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Skim Subsidi dan Bantuan Saringan Kesihatan untuk Anggota PDRM di Dewan Serbaguna IPD Hilir Perak, di sini, hari ini.
Sumber: Harian Metro
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW