Pramugari Shenzhen Airlines, Liu Miaomiao, telah dipilih sebagai pramugari dengan senyuman paling menawan di dunia, dalam satu pertandingan yang diadakan di bandar Shenzhen, wilayah Guangdong China Selatan, Jun.
Miaomiao, yang dilahirkan di bandar Xi’an, wilayah Shaanxi Barat Laut China, memutuskan untuk menjadi seorang pramugari enam tahun lalu.
Latihan orientasi selama tiga bulan membuatkan Miaomiao lebih peka dengan tugasnya.
“Selain latihan etika, seperti mengamalkan senyuman dengan cara menggigit ‘chopstick’, saya terpaksa menguasai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa melakukan kerja menyelamat ketika kecemasan jika berlaku kebakaran kabin atau pemindahan, kerana kesilapan kecil boleh menyebabkan bencana besar,” katanya.
Selepas dinaikkan pangkat kepada ketua atendan pada tahun 2014, beliau mula memberi tumpuan lebih kepada cabaran dan kesukaran terbang setiap hari.
Pernah berlaku situasi penerbangan dari Beijing ditangguhkan kerana tidak mendapat kelulusan untuk berlepas dari pusat kawalan trafik udara, disebabkan trafik sesak.
Apabila Miaomiao dan rakan-rakannya cuba untuk menjelaskan puncanya kepada penumpang yang marah dengan kelewatan itu, mereka telah ‘naik angin’.
Tetapi Miaomiao menenangkan mereka dengan senyumannya. Apa yang menggembirakannya apabila beberapa penumpang memohon maaf di akhir penerbangan.
Miaomiao berkata tugas ini membuatkan beliau berasa bangga apabila memikirkan bahawa suatu hari nanti dirinya mungkin memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk menjadi atendan penerbangan. – China Daily/Asia News Network
Sumber: MStar
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW