Masakan yang berasal dari Thailand ini adalah antara menu yang terkenal di restoran atau kedai makan ala Thailand kerana rasa isi ayam yang berempah dan wangi daun pandan itu benar-benar membuka selera.
BACA: Resepi Ayam Kurkar, Pelik Tapi Sedap
Selain daripada pergi makan di restoran Thailand apa kata anda cuba buat sendiri ayam pandan ini kerana ia tidaklah terlalu sukar bahkan tidak sampai 30 minit hidangan ini dapat disiapkan selain bahan-bahannya yang mudah.
Jom lihat apakah resepi ayam pandan yang mudah dan cepat ini.
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam (diambil isi)
2 sudu besar santan
1 sudu besar madu
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Daun pandan
Lidi kecil
Bahan untuk ditumbuk:
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit
1/2 inci lengkuas
3 batang serai
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
15 biji cili padi
Langkah-langkahnya:
1. Asingkan bahagian isi ayam daripada tulang dan potong kecil.
2. Tumbuk semua bahan yang perlu ditumbuk sehingga lumat.
3. Gaul bahan yang ditumbuk tadi dengan ayam dan gaul rata
4, Masukkan juga madu, santan, garam dan gula secukup rasa
5. Untuk lebih sedap perap seketika beberapa jam
6. Balut rapi isi ayam dengan daun pandan dan sematkan lidi supaya daun pandan tak terbuka ketika menggoreng.
7. Goreng ayam tersebut dengan api sederhana sehingga masak.
Kami kongsikan juga video segmen Fryday untuk anda lihat cara-cara membuatnya bersama Mazirah Majid.