Rosmah Mansor kongsi rahsia bagaimana Trump menang

Datin Seri Rosmah Mansor dalam ucapannya pada Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Kepimpinan dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak di Kuala Lumpur, hari ini memberi pendapatnya mengapa Donald J Trump memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat.

Rosmah Mansor kongsi rahsia bagaimana Trump menang

Rosmah Mansor kongsi rahsia bagaimana Trump menang

Beliau menceritakan bahawa anak perempuannya yang kini melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah Sarjana Pentadbiran Awam di Universiti Harvard dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Wharton Business School memberitahunya bahawa dirinya berkenalan dengan anak perempuan Trump, Ivanka Trump.

“Ivanka memang baik kerana meluangkan masa di sebalik kesibukannya.

“Dia (anak Rosmah) sangat teruja dan menelefon saya pada jam 4 pagi untuk beritahu saya,” kata Rosmah.

Anak perempuannya memberitahu beliau begitu gembira berjumpa dengan Ivanka dan Rosmah percaya mereka telah berkongsi beberapa cerita sesama mereka.

“Jadi saya beritahu suami saya di sebalik kekayaan dan bapanya bakal menjadi presiden, beliau masih merendahkan diri dan tetap mesra.

“Jadi ini satu pengajaran kepada kita semua. Jadi sekarang kamu tahu bagaimana Trump mampu menjadi presiden,” katanya.

Selepas ucapan Rosmah itu, para hadirin menyanyikan Selamat Hari Jadi untuk Rosmah yang akan berusia 65 minggu depan.

Ini bukan kali pertama Rosmah bercakap mengenai kejayaan Trump. Awal minggu ini pada majlis berasingan, Rosmah berkata Trump memenangi pilihan raya Amerikakerana beliau mempunyai “sentuhan peribadi dan mesra berhubungan dengan rakyat.”

 

Sumber: Malaysiakini



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post