Runtuhan Jambatan Di KL Eco City; Operasi SAR dihentikan! Semua Mangsa Telah Ditemui

Runtuhan Jambatan Di KL Eco City; Operasi SAR dihentikan! Semua Mangsa Telah Ditemui

Gambar: Twitter

Seorang pekerja pembinaan warga Vietnam berusia 21 tahun maut dan lima yang lain cedera dihempap jejambat pejalan kaki setinggi 70 meter yang sedang dalam pembinaan berhampiran Apartment Abdullah Hukum, Bangsar.
 
Lima pekerja yang cedera terdiri daripada dua warga Vietnam, dua Bangladesh dan seorang Indonesia dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan.

Gambar: Twitter

Gambar: Twitter

Gambar: Twitter

Gambar: Twitter

Para petugas sedang menjalankan misi menyelamat. Gambar: Twitter


Ketika kejadian, kebanyakan pekerja sedang berehat sebelum dikejutkan dengan gegaran serta serpihan konkrit berterbangan. Berita Harian Online melaporkan beberapa agensi bekerjasama untuk melakukan kerja-kerja menyelamat. Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) di lokasi runtuhan melibatkan 60 anggota, diketuai Ruhisha bersama Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART). Turut serta pasukan Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM). Lima doktor turut dikejarkan ke tempat kejadian bagi memberi bantuan awal kepada mangsa kemalangan seperti yang dilaporkan BH Online.
 
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di runtuhan binaan jejambat pejalan kaki di KL Eco City-Mid Valley ditamatkan jam 11 pagi tadi setelah tiada mangsa baru ditemui dan pihak berkuasa yakin tiada mangsa lain yang terperangkap di bawah runtuhan setelah lebih 15 jam misi dijalankan. Namun sebahagian anggota keselamatan masih ditempatkan di lokasi kejadian dalam keadaan bersiap siaga sekiranya ada mayat ditemui ketika kerja-kerja pembersihan dilakukan oleh pihak kontraktor. Siasatan lanjut sedang dilakukan bagi memastikan sama ada insiden berlaku akibat kecuaian atau penggunaan bahan binaan yang tidak berkualiti.


lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post