Sah! Runningman akan ditamatkan, episod terakhir disiar Februari depan

PROGRAM popular Running Man dilaporkan bakal ditamatkan selepas tujuh tahun bersiaran.

Allkpop melaporkan keputusan itu dibuat oleh pihak produksi selepas dua pesertanya, Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo meninggalkan rancangan itu.

Sah! Runningman akan ditamatkan, episod terakhir disiar Februari depan

Sah! Runningman akan ditamatkan, episod terakhir disiar Februari depan

Lebih mengejutkan pengunduran kedua-dua bintang itu dikatakan bukan atas kehendak mereka sebaliknya mereka disingkirkan oleh pihak produksi tanpa sebarang notis awal.

Ekoran kontroversi itu, pihak produksi mengadakan mesyuarat tergempar pada Jumaat dan mengambil keputusan menamatkan program itu.

“Semua yang terlibat turut dipanggil untuk menjelaskan salah faham yang berlaku dan selepas berbincang sendiri dengan Jong Kook dan Ji Hyo dan ahli lain kami mengambil keputusan menamatkan program ini.

“Episod terakhir program ini akan disiarkan pada akhir Februari depan.

“Kami sudah cuba melakukan yang terbaik dan bersyukur sentiasa mendapat sokongan daripada peminat sepanjang tempoh ini,” kata wakil produksi Running Man kepada media.

Running Man mula ditayangkan pada 11 Julai 2010 dan menjadi sebagai salah sebuah program hiburan paling lama dalam sejarah televisyen di Korea Selatan.

 

Sumber: Mstar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post