Penyanyi dan pelakon Alif Satar menjelaskan dia meminta isterinya Shadila Halid, 32, berhenti kerja untuk memberi perhatian kepada keluarga.
Alif atau nama sebenar Muhammad Alif Mohd Satar, 26, berkata, isterinya sudah tidak lagi bekerja sebagai pengurus jenama sebuah syarikat telekomunikasi kerana ingin dia menumpukan sepenuhnya perhatian kepada anak-anak dan keluarga.
“Saya juga merupakan seorang lelaki yang normal jadi kalau boleh apabila balik ke rumah ada isteri yang menunggu dan menghidangkan makanan di atas meja setelah seharian penat bekerja.
“Saya minta dia agar berhenti kerja dan beri perhatian sepenuhnya kepada keluarga sahaja, lagipun tahun depan kami akan mendapatkan anak kedua jadi lebih baik dia yang menguruskan segalanya.
“Biar saya seorang sahaja yang keluar untuk mencari duit untuk keluarga,” katanya kepada Astro Gempak.
Alif berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media dan cabutan giliran persembahan untuk Anugerah Juara Lagu 31 yang diadakan di Wisma Bentley, di sini baru-baru ini.
Lagu nyanyiannya Selamanya Cinta layak bertanding di AJL31 yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 22 Januari depan.
Dalam pada itu tiga artis naugan Astro iaitu Akim, Hazama dan Hafiz turut bertanding menerusi lagu:
1) Akim & The Majistret (Obses)
2) Hazama (Diamaran Mama)
3) Misha Omar & Hafiz (Terimaku Seadanya)
Sementara itu lagu lain yang layak bertanding ialah:
4) Aiman Tino (Ku Rela Dibenci)
5) Black (Anugerah Terindah)
6) Elizabeth Tan & Awi Rafael (Setia)
7) Syamsul Yusof & Mawi (Kalah Dalam Menang)
8) Khalifah (Hang Pi Mana)
9) Sufian Suhaimi (Terakhir)
10) Dayang Nurfaizah (Lelaki Teragung)
11) Projektor Band (Sudahku Tahu)
12) Selamanya Cinta (Alif Satar)
Sumber: Astro Gempak
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW