Sayu : Selamat tinggal semua .. Wira silat NEGARA ini dijemput ilahi selepas puas menderita sakit (5Gambar)

GEORGETOWN :  Arwah insan yang sangat hebat dan tangkas dalam kerjaya silat nya amat digeruni lawan namun Allah lebih sayang kan nya selepas menempuhi ujian nya arwah telah dijemput ilahi.

Bekas pesilat negara, Suhardi Chin, 41, yang menderita kanser usus, meninggal dunia di rumahnya di Bayan Lepas, dekat sini, petang tadi. 



Pengurus Operasi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Aminuddin Mohd Nasir, berkata beliau menerima berita itu daripada adik arwah, jam 5 petang tadi. 


Suhardi yang pernah memenangi pingat emas pada sukan SEA 1999 disahkan menghidap kanser pada 2015 dan dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP), sejak dua tahun lalu. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bayan Lepas, jam 10 pagi esok. Al fatihah




lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post