“Sultan Kelantan rajin solat, so what? rakyat dapat apa?” – Mohd Faiz

BUKAN sahaja biadap, malah bodoh tak bertempat!

"Sultan Kelantan rajin solat, so what? rakyat dapat apa?" - Mohd Faiz

“Sultan Kelantan rajin solat, so what? rakyat dapat apa?” – Mohd Faiz

Tindakan seorang lelaki memuat naik status menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, mengundang padah, apabila dirinya teruk menerima kecaman netizen.

Dia Rajin Solat, Rakyat Dapat Apa? - Lelaki Hina Agong

Menerusi status laman Facebooknya itu, Mohd Faiz mempersoalkan apakah manfaat yang diterima rakyat sekiranya Agong merupakan insan yang rajin bersolat.

Lelaki itu juga turut menyifatkan apa yang ditonjolkan baginda belum cukup membahagiakan rakyat dengan hanya mempamerkan soleh spritual semata-mata.

“Model Sultan Kelantan menunjukkan soleh spritual sahaja tidak cukup membahagiakan rakyat.

“Apa manfaat yang rakyat dapat dari keabidan Sultan Kelantan? Dia rajin solat, so what? Rakyat dapat apa?

“Tidak ada yang salahnya dengan menjadi Agong yang rajin beribadah. Cuma nak cakap, kalau sekadar nak jadi ahli ibadah, letak sahaja jawatan Agong…. Jawatan Agong ada tanggungjawab horizontal,” tulisnya.

Dia Rajin Solat, Rakyat Dapat Apa? - Lelaki Hina Agong

Kelancangan mulutnya itu lantas menimbulkan marah dan ketidak puasaan ramai yang membacanya.

Mohd Faiz bukan sahaja menghina ketaatan baginda kepada Allah SWT tetapi dalam masa yang sama turut mencabar institusi Raja-Raja Melayu.

Tambahan pula, baginda adalah ketua agama di Malaysia.

Susulan itu, orang ramai memohon agar pihak berkuasa khususnya pihak polis segera bertindak terhadap lelaki ini.

Sumber: MYNEWSHUB.CC



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post