Suruhanjaya ditubuhkan Suu Kyi dapati tentera Myanmar tak rogol wanita Rohingya

Sebuah suruhanjaya yang ditubuhkan Menteri Luar Myanmar, Aung San Suu Kyi mendapati tentera negara itu mematuhi undang-undang ketika berdepan etnik Rohingya di wilayah Rakhine.

Suruhanjaya ditubuhkan Suu Kyi dapati tentera Myanmar tak rogol wanita Rohingya

Suruhanjaya ditubuhkan Suu Kyi dapati tentera Myanmar tak rogol wanita Rohingya

Pemenang Anugerah Keamanan Nobel itu menubuhkan suruhanjaya berkenaan bagi menyiasat serangan ke atas pos kawalan di sempadan dan kekejaman tentera Myanmar ke atas etnik Rohingya, ketika tekanan masyarakat dunia semakin memuncak terhadap dakwaan pasukan keselamatan negara terbabit membunuh dan merogol etnik itu serta membakar rumah mereka, selain mahu Yangon membenarkan agensi kemanusiaan menghantar bantuan ke wilayah berkenaan.

Panel 13 anggota menerusi satu kenyataan hari ini berkata: “Pihak berkuasa kerajaan mematuhi undang-undang dan bertindak secara sah ketika berdepan penyerang.”

Kesimpulan awal menimbulkan persoalan sama ada suruhanjaya yang diketuai Naib Presiden Myanmar Myint Swe, seorang jeneral dan seorang pengikut bekas pemimpin junta Than Shwe, mampu menyampaikan keputusan bebas dalam laporan penuh mereka yang dijangka siap menjelang 31 Januari nanti.

Semalam, suruhanjaya itu mengakhiri lawatan 3 hari ke Maungdaw, di mana sekurang-kurangnya 86 mangsa terbunuh dan 27,000 umat Islam Rohingya melarikan diri ke Bangladesh sejak serangan pada 9 Oktober lalu.

Myanmar enggan memberi taraf kerakyatan kepada Rohingya yang merupakan majoriti penduduk Maungdaw, selain mengehadkan pergerakan mereka dan akses terhad untuk mendapat penjagaan kesihatan serta pendidikan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mendakwa Yangon melakukan penghapusan bangsa ke atas etnik Rohingya.

Suu Kyi akan mengadakan mesyuarat khas menteri luar Asean pada Isnin depan di Yangon bagi membincangkan isu penindasan dan kekejaman terhadap etnik Rohingya di Myanmar.

Suruhanjaya itu melawat pelbagai lokasi serangan yang dipercayai dilancarkan kumpulan bersenjata Rohingya tidak dikenali. Seramai 17 anggota polis dan pasukan keselamatan terbunuh dalam serangan awal dan berikutnya.

Menurut kenyataan itu, suruhanjaya berkenaan turut melawat perkampungan Islam, tetapi tiada dakwaan penduduk dirogol tentera diterima anggotanya.

Dakwaan itu bagaimanapun tidak dapat disahkan kerana wartawan bebas dan pemerhati tidak dapat memasuki kawasan terbabit apabila laluan ke sana disekat pihak berkuasa.

“Anggota tentera berkata mereka tidak merogol wanita seperti dilaporkan berita palsu, mereka mematuhi peraturan,” kata kenyataan itu.

Suruhanjaya itu yang tidak menamakan kampung dikunjungi berkata, penduduk kampung memberitahu panel berkenaan mereka “menerima bantuan dan diminta mendapatkan lebih banyak (bantuan)”.

Ia bercanggah kenyataan dikeluarkan Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNOCHA) pada Selasa lalu yang bantuan makanan dan tunai hanya sampai kepada 20,000 daripada 150,000 orang disasarkan.

“Ia semakin membimbangkan mengenai implikasi kesihatan disebabkan penggantungan perkhidmatan dan sekatan pergerakan,” kata OCHA sambil menambah kira-kira 7,600 wanita hamil tidak mendapat rawatan perubatan manakala 3,400 kanak-kanak yang kekurangan zat makanan kini berdepan risiko.

 

Sumber: Free Malaysia Today



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post