Tan Sri Tony Fernandes Disifatkan Bos Terbaik Di Dunia

Tan Sri Tony Fernandes Disifatkan Bos Terbaik Di Dunia

Tan Sri Tony Fernandes bersama Datuk Kamarudin Meranun menghadiahkan sebuah kereta BMW hybrid kepada Kapten Omar yang sudah berkhidmat bersama AirAsia selama 20 tahun sebulan. (Gambar: Tony Fernandes - Facebook)

Kisah seorang bekas penghantar surat pejabat yang kemudian menjadi juruterbang Airbus A320 pernah menarik perhatian khalayak sebelum ini untuk dijadikan kisahnya sebagai satu inspirasi. Apa yang menarik perhatian ramai mengenai kisah T Kugan yang juga juruterbang AirAsia itu adalah sokongan yang diberikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes yang memberi peluang padanya.

Begitu juga, kisah inspirasi yang sama boleh dikongsi majikan lain untuk mencontohi sikap Tony sebagai bos yang menghargai kakitangan yang lama dan setia berkhidmat dengannya.

Menerusi satu status beliau di Facebook malam tadi, Tony memuat naik satu gambar dia bersama seorang kakitangannya yang juga juruterbang AirAsia berlatarbelakangkan kereta BMW baru. Dalam status itu, Tony menyatakan beliau bersama Pengerusi Eksekutif AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun menghadiahkan sebuah kereta BMW hybrid kepada Kapten Omar yang sudah berkhidmat bersama AirAsia selama 20 tahun sebulan.

Status itu menarik perhatian ramai pengguna Facebook yang memberi komen antaranya menyifatkan Tony sebagai bos terbaik di dunia dan ucapan tahniah pada juruterbang itu yang difikirkan memberikan pencapaian terbaik dalam kariernya.

Malah, ada komen juga menyatakan hadiah tersebut sebagai satu motivasi majikan pada pekerjanya yang banyak berjasa pada syarikat serta pengiktirafan syarikat yang melihat kakitangannya sebagai aset dan bukan semata-mata hanya pekerja.
 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post