Penumpang pesawat AirAsia mengalami detik cemas pagi tadi apabila dua tayar pesawat yang mereka naiki dilaporkan pecah sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).
Portal Berita Harian Online melaporkan ketika kejadian, pesawat AirAsia penerbangan AK12 dari Chennnai, India itu sedang melakukan pendaratan di Landasan 33.
Akibat kejadian itu, landasan berkenaan ditutup buat sementara waktu untuk kerja baik pulih.
Bagaimanapun, Bernama melaporkan tayar pesawat AirAsia dari Chennai itu hanya kempis ketika melakukan pendaratan.
Memetik kenyataaan syarikat penerbangan tambang rendah itu, AirAsia berkata semua penumpang dan anak kapal penerbangan AK12 keluar daripada pesawat berkenaan dengan
selamat.
Penerbangan berjadual dari Chennai itu mendarat di klia2 pada kira-kira pukul 6 pagi.
“Kami memohon maaf atas keadaan tidak selesa yang dialami tetamu kami,” kata syarikat penerbangan itu.
Sumber: Malaysiakini
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW