Trafik sesak di KM 256 Lebuhraya Utara Selatan, lori tangki terbalik

Lori tangki terbalik selepas kemalangan di Kilometer (KM) 256 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, dekat Terowong Menora.

Kejadian itu menyebabkan kesesakan trafik hampir 12 kilometer.

Trafik sesak di KM 256 Lebuhraya Utara Selatan, lori tangki terbalik

Trafik sesak di KM 256 Lebuhraya Utara Selatan, lori tangki terbalik

Jurucakap PLUS berkata, kemalangan yang turut membabitkan kereta itu berlaku pada 8.30 pagi.

Katanya, lori tangki berkenaan melintang di tengah lebuh raya hingga keseluruhan laluan terhalang.

Katanya, kerja pengalihan kenderaan sedang dilakukan bagi mengurangkan kesesakan itu.

“PLUS belum mengenal pasti keadaan mangsa terbabit dalam kejadian itu berikutan kerja menyelamat sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, sumber polis berkata hasil maklumat awal mendapati pemandu lori mengalami parah di kepala.

“Bagaimanapun, identiti mangsa belum dikenal pasti,” katanya.

Laman Twitter rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) turut memaklumkan laluan sudah dibuka untuk kenderaan ringan.

Laluan kontra juga sudah diaktifkan dari KM256.2-KM257.3, pada 10.35 pagi. Namun keadaan trafik masih perlahan.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post