Ucapan Merry Christmas diharuskan – Mufti Wilayah

BAYAN LINNAS SIRI KE-81: HUKUM MENGUCAPKAN MERRY CHRISTMAS KEPADA MEREKA YANG BERAGAMA KRISTIAN

Ucapan Merry Christmas diharuskan - Mufti Wilayah

Ucapan Merry Christmas diharuskan – Mufti Wilayah

Alhamdulillah, pujian yang mutlak kepada-Nya. Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarganya, sahabatnya dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan. Sehari dua ini, banyak persoalan yang sampai ke meja kami berkaitan isu Hukum Seseorang Muslim Mengucapkan “Merry Christmas” Kepada Mereka Yang Beragama Kristian. Ini menjadikan kami terpanggil untuk menekuni isu ini dan membuat sedikit bahth al-‘ilmi dalam kerangka fiqh mu’asir yang diistinbatkan daripada nusus syar’iyyah serta maslahat dan fiqh waq’ie. Justeru, Bayan Linnas pada kali ini kami tajukkan dengan tajuk seperti di atas.

Soalan ini sering berlegar-legar saban tahun dalam kalangan umat Islam. Ia juga seringkali menimbulkan polemik dan salahfaham baik dalam kalangan bukan Muslim, malah umat Islam sendiri. Kami menerima beberapa persoalan berkaitan ini daripada mereka yang mepunyai hubungan secara langsung dengan bukan Muslim baik secara kekeluargaan, kerjaya, mahupun kerana tinggal dalam kawasan kejiranan yang sama.

Melihat kepada kepentingan isu ini dalam kalangan umat Islam, kami cuba menghuraikan permasalahan ini dengan ilmiah dan melampirkan jawapan yang tuntas bagi permasalahan ini.

Pautan ke laman web PMWP :https://goo.gl/3qvnXa

 

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post