“Anda bukan bunuh orang, makan rasuah!” Komen deep Shaarnaz Ahmad tentang isu remaja viral panjat mercu tanda Ipoh | Baru baru ini viral sekumpulan remaja memanjat dan bergambar di papan tanda ‘IPOH’ di bandaraya Ipoh. Bertambah hangat apabila isu itu mendapat perhatian Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang telah mengeluarkan kenyataan rasmi untuk mengambil tindakan tegas atas perbuatan itu.
Golongan artis turut berasa terpanggil untuk bersuara mengenai hal ini. Semalam, aktor Sharnaaz Ahmad meluahkan pendapatnya tentang anak muda yang menerima kecaman netizen kerana memanjat papan tanda tersebut. Apa katanya?
Jangan tunjuk kat orang kalau panjat
Baiklah banyak sangat org komen pasal benda ni.. apa pun aku nak cakap nak terima terima kalau tak nak terima suka hati ampa rahh.. buat geng kapak ini, anda berani dan anda berhak atas diri dan nyawa anda.. seperti otai otai russia dan usa yg suka panjat banggunan tinggi.. tetapi kesalahan mereka tak berat mana pun cuma kalau tergolek baru lah kacau org, bomba lah polis lah ambulan lah rumah mayat full lah..
Baik, nasihat aku kat sini, lain kali kalau nak panjat, panjat ja!!! Takpayah tunjuk kat org, sebab ni lah jadinya, pemikiran org kita tak sama, yang buruk didahulukan, yg baik dikemudiankan.. mencari keseronakan dan passion tak salah, asal pandai makan pandai berak.. budak moto suka bawak laju whelee tujuh lapan tiang, tapi tak up video bagi viral, sebab nanti kena serah diri..
Bayar je saman
Apa pun, bayar ja saman tu kalau depa suruh bermalam satu dua malam dalam lokap, iyakan aja.. anda bukan bunuh org bukan makan rasuah bukan tibai duit org, anda mencari keseronokan dan anda tiada salahnya.. so itu jelah, jangan patah semangat dan putus minat anda, tiada sapa boleh jadi hakim anda kecuali diri sendiri dan yg maha kuasa Allah SWT…happy new year ???
Fuhh Berani!
Sumber: Oh Bulan
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW