Aktor terkenal Hong Kong, Andy Lau dilaporkan cedera ketika menjalani penggambaran iklan di Thailand.
Apple Daily melaporkan bintang berusia 55 tahun yang dirawat di sebuah hospital tempatan, tiba di Thailand, Isnin lalu.
Sumber memberitahu Apple Daily, ketika kejadian Lau sedang menunggang kuda di kawasan perkampungan Khao Lak, berhampiran Bangkok.
Tiba-tiba, kuda itu gagal dikawal lalu mencampak Lau ke tanah, sebelum memijaknya.
Rangkaian berita Taiwan, EBC pula melaporkan insiden itu menyebabkan tulang belakang Lau patah dan menerima rawatan awal di hospital tempatan, sebelum diterbangkan ke Hong Kong.
Sementara itu, syarikat pengurusan Lau, Focus Artistes dalam kenyataannya berkata, pelakon itu mengalami kecederaan tulang belakang yang serius, namun dalam keadaan stabil dan kini dipantau pegawai perubatan. – AGENSI
Sumber: BH Online
Sumber Andy Lau patah tulang belakang dipijak kuda