Barack Obama Senyap-Senyap Salurkan RM1 Bilion Kepada Palestin Sebelum Pentadbirannya Berakhir


WASHINGTON: Barack Obama dilaporkan telah menginkari bantahan parti Republikan selepas dia secara senyap telah menyalurkan AS$221 juta (RM980 juta) kepada Pihak Berkuasa Palestin beberapa jam sebelum pentadbirannya berakhir.

Memetik laporan Berita Harian, seorang pegawai Jabatan Negara dan beberapa pembantu Kongres berkata, pentadbiran beliau sebelum ini secara rasmi memaklumkan kepada Kongres yang dia akan membelanjakan wang itu pada pagi Jumaat, sebelum Donald Trump menjadi presiden.

Lebih daripada AS$227 juta (RM1 bilion) dana yang diperuntukkan untuk hal ehwal luar negeri dikeluarkan ketika itu, termasuk AS$4 juta (RM17.6 juta) untuk program perubahan iklim dan AS$1.25 juta (RM5.5 juta) untuk organisasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bagaimanapun dana itu telah ditangguh ahli Kongres GOP.

Sekurang-kurangnya dua anggota GOP menangguhkan dana Palestin itu. Penangguhan Kongres umumnya dihormati cabang eksekutif tetapi tidak terikat secara perundangan.


Sumber Barack Obama Senyap-Senyap Salurkan RM1 Bilion Kepada Palestin Sebelum Pentadbirannya Berakhir

Post a Comment

Previous Post Next Post