Berkat doa seorang ibu, anak kampung ini kini merupakan pemilik hotel mewah

SEBAIK saja kita memasuki kawasan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, Melaka, mata kita akan tertumpu ke sebuah hotel 5 bintang terbaru yang pembinaannya berkonsepkan pemerintahan kesultanan Melayu zaman dahulu.

Berkat doa seorang ibu, anak kampung ini kini merupakan pemilik hotel mewah

Berkat doa seorang ibu, anak kampung ini kini merupakan pemilik hotel mewah

The Mudzaffar Hotel mengandungi 288 bilik mewah, hotel ini mengadap tasik dan yang paling istimewa, terdapat sebuah binaan ala kapal Laksamana Cheng Ho sebagai mengimbau memori negeri penuh bersejarah ini.

Berkat Doa Ibu, Anak Kampung Ini Kini Pemilik Hotel Mewah

Namun tak siapa menduga, hotel yang berharga ratusan juta ringgit ini adalah milik seorang anak kampung dari Kluang, Johor yang seorang bekas wartawan, peguam dan aktivis masyarakat, Datuk Khairul Anwar Rahmat.

Berkat Doa Ibu, Anak Kampung Ini Kini Pemilik Hotel Mewah

Berkat Doa Ibu, Anak Kampung Ini Kini Pemilik Hotel Mewah

Semalam aku bertemu dengan beliau ketika bersama-sama Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di majlis minum petang yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Peguam Negeri Johor (JPNJ) di Johor Bahru.

Kami berdua mengenali satu sama lain kerana pernah sama-sama sekolej dulu. Selepas majlis tersebut, Khairul Anwar mempelawa aku untuk menginap di hotelnya.

Berkat Doa Ibu, Anak Kampung Ini Kini Pemilik Hotel Mewah

Bagi memenuhi hasrat seorang sahabat, aku pun drive dari KL ke sana. Bila tiba di MITC, puas aku tercari-cari nama hotel yang beliau sebutkan.

Aku dok ingat hotel tu macam hotel bajet yang sekarang ini tumbuh bak cendawan selepas hujanlah. Rupa-rupanya aku salah, absolutely salah – it’s a classic luxurios hotel bro!

Berkat Doa Ibu, Anak Kampung Ini Kini Pemilik Hotel Mewah

Macam yang aku cerita tadi, aku mengenali Khairul Anwar sejak zaman study lagi. Beliau bukan anak orang kaya, lebih tepat anak penjual kuih dan nasi lemak kat Kampung Melayu, Kluang.

Lepas dapat ijazah undang-undang dari UIA, Khairul Anwar memilih untuk menjadi wartawan dan bukan dalam bidang perundangan. Di sini kami bertemu kembali. Walaupun kami berlainan agensi, tetapi adakalanya kami terserempak di tempat tugasan.

Berkat Doa Ibu, Anak Kampung Ini Kini Pemilik Hotel Mewah

Pernah satu ketika, Khairul Anwar yang ketika itu bertugas di Berita Harian pernah terpilih memenangi hadiah tertinggi kewartawanan negara, Anugerah Kajai di atas kejayaannnya membongkar kemelut birokrasi dan ketirisan di pejabat tanah.

Selepas itu aku langsung tak dengar khabar berita beliau.

Rupa-rupanya beliau meninggalkan dunia kewartawanan dan membuka firma guaman sendiri sebelum menceburi pula bidang hiasan dalaman. Kalau korang masih ingat, rancangan TV terkenal, Casa Impian – itulah syarikat yang diusahakannya. Dari situ rezeki Khairul Anwar mula mencurah-curah. Atas rasa untuk menyumbang balik kepada masyarakat, Khairul mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah NGO perundangan yang dikenali sebagai Sukaguam.

Kalau aku nak imbas balik, keluarga beliau bukan orang senang. Khairul Anwar anak keempat dari sembilan adik-beradik. Beliau dari kecil menolong emaknya, Hajjah Kamariah Ariffin menjual nasi lemak dan kerepek. Tetapi aku nak kongsi satu rahsia…setiap kali emaknya itu memasak nasi, dia pasti akan berselawat sebelum hidangkan kepada mereka adik beradik.

Setiap hari juga Hajjah Kamariah akan bacakan surah Yasin dan kertas penanda kitab suci itu adalah gambar anaknya itu bro! Dia juga awal-awal lagi dah bagitahu yang Khairul Anwar akan jadi peguam, akaknya akan jadi doktor, yang ini akan jadi akauntan, yang ini akan jadi cikgu…akhirnya dengan izin Allah, setiap daripada mereka memiliki ijazah dan bertugas dalam bidang yang dia sebutkan itu!

Mengenai bidang perhotelan yang beliau ceburi sekarang, ini adalah bidang terbaru yang diterokainya selepas sektor hartanah dan perundangan. Menariknya, hotel 5 bintang ini tidak menghidangkan alkohol untuk para tetamu mereka.

Namun untuk sampai ke tahap sekarang bukan mudah. Pelbagai onak dan cabaran yang beliau tempuh. Masa mula-mula buka firma guaman dulu, beliau bekerja berbulan-bulan tanpa bisnes. Bila buka Sukaguam dan membela masyarakat yang teraniaya, beliau dituduh dibiayai dan ada agenda tertentu.

Beliau juga pernah terlibat dalam usaha membebaskan sepasang ibu bapa Melayu yang ditahan kononnya mencederakan anak mereka di Sweden suatu ketika dan ketiku itu beliau pulak dituduh cuba sabotaj hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara.

Tetapi Khairul Anwar tak pernah putus asa bro. Beliau tetap berdoa berdoa dan pada masa yang sama memaklumkan kepada emaknya di kampung agar sentiasa mendoakannya.

Alhamdulillah. Doa ibu itulah yang membakar semangat beliau untuk terus gigih berusaha sehingga memiliki apa yang kita lihat sekarang. Aku angkat topi pada anak muda ini. Salute Datuk!

SAK: Kalau korang teringin nak stay di sebuah hotel mewah ala istana zaman silam ini, PM aku. Serius aku boleh bagi korang rate ‘GILA-GILA’ sebagai tanda terima kasih aku pada korang yang sudi baca, jadi FRIENDS dan FOLLOWERS aku selama ini!

Sumber: Facebook Syahril A Kadir

Via: Mynewshub



Sumber Berkat doa seorang ibu, anak kampung ini kini merupakan pemilik hotel mewah

Post a Comment

Previous Post Next Post