Tiga tahun lagi rakyat Malaysia berpeluang melihat dan merasai sejenis buah 3 rasa unik yang mempunyai tiga rasa buah-buahan berbeza iaitu laici, rambutan dan durian.
Ini kerana buah yang dipanggil matoa sudah ditanam di negara ini oleh seorang aktivis alam sekitar bersama rakan kongsinya di sebuah ladang di Kelana Jaya, Selangor dan tanah rizab kerajaan di Taman Melawati, di sini, sejak setahun lalu.
Abdul Shariff Walat berkata, buah matoa asing di Malaysia kerana ia berasal dari Papua New Guinea, tetapi cukup popular di Indonesia.
“Buah ini berbentuk bulat, berwarna kekuningan pada bahagian kulitnya dan bertukar kepada coklat jika disimpan dalam tempoh lama selepas dipetik.
“Manakala isinya berwarna kuning cair dan rasanya lemak manis gabungan tiga jenis buah-buahan terbabit (laici, rambutan dan durian),” katanya kepada Harian Metro.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Sumber: Harian Metro
Sumber Buah 3 rasa: campuran buah laici, rambutan dan durian