Coco mengaku okay jadi isteri kedua pada usia muda dan tak kisah apa orang kata | Dikecam, malah dihina, namun Marshaira Ismail,19, atau terkenal dengan nama Coco di alam siber tenang mengakui dia okay menjadi isteri kedua pada usia muda dan tak kisah orang nak kata apa.
Coco kini isteri kedua kepada Azrin Anas, 33, selepas mereka diijabkabulkan pada Ahad lalu.
Dia sekali lagi menjadi perhatian kerana perkahwinannya itu tersebar selepas sebelum ini video percakapan ala mat salih dibuatnya tular di laman sosial sehingga menerima kecaman netizen.
Menurut Coco, isteri pertama suaminya menerimanya sebagai madunya.
Katanya, dia tidak dapat menghalang netizen untuk mengecamnya, namun sebagai manusia biasa, ahli keluarganya tetap terasa.
“Keluarga saya seperti netizen lain, ada antara mereka turut memberi komen di laman sosial apabila saya dihina. Bagaimanapun, mereka semakin memahami dan tidak lagi membalas apa-apa kenyataan di media sosial.
“Hal ini kerana kami sekeluarga tidak mahu mengeruhkan keadaan. Saya dan suami sudah selamat bernikah manakala isteri pertama suami menerima saya sebagai madunya,” katanya.
Menurutnya, tidak semua komen diterima negatif, kerana dia turut menerima komen positif berbanding sebelum ini.
“Dulu ada yang mahu simbah asid, kini selepas berkahwin ramai yang sudah memberi nasihat dan kata-kata positif. Saya berterima kasih kerana memberi komen yang baik mengenai keputusan untuk berkahwin di usia muda ini.
“Selepas menjadi isteri orang, sudah semestinya saya mahu menjadi lebih baik,” katanya.
Sumber: Metro
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW