Cuaca terlalu sejuk, Faiz Subri tidak jadi pakai baju Melayu

Selepas beria-ia, Mohd Faiz Subri akhirnya tidak memakai baju Melayu pada majlis anugerah berprestij Persatuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) di Switzerland awal pagi esok.

“Keadaan di sini memang sejuk, memang saya akan pakai baju kot. Bukan pakai baju Melayu tidak kena (sesuai) tapi terlalu sejuk,” katanya di hotel penginapan di sini kepada Harian Metro hari ini.

Pemain Pulau Pinang itu, 29 tahun, akan memakai pakaian rasmi baju sut, seperti ditetapkan oleh penganjur anugerah Puskas, yang lebih sesuai dengan cuaca bawah tahap beku, -5 darjah Celsius.

Minggu lalu, Fifa dilaporkan sudah memberi keizinan kepada Faiz untuk memakai baju kebangsaan pada majlis itu selepas dimohon Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Tidak apa, kalau saya tidak dapat pakai baju Melayu di sini, insya Allah kalau menang saya akan pakai di Malaysia nanti,” katanya.

Selain Faiz, dua lagi pemain yang dicalonkan untuk anugerah tersebut: Jonath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain bola sepak wanita Danisuka Rodriguez dari Venezuela.

 

Sumber: Projek MMO



Sumber Cuaca terlalu sejuk, Faiz Subri tidak jadi pakai baju Melayu

Post a Comment

Previous Post Next Post