DEMI kelangsungan hidup, rakyat miskin di Filipina terpaksa menjadikan ‘ayam sampah’ sebagai menu harian mereka.
Ayam sampah atau dalam bahasa Tagalog dikenali sebagai pagpag, ianya diperolehi hasil daripada sisa buangan ayam dari restoran segera.
Golongan miskin ini, akan menggeledah tempat pembuangan sampah untuk mendapatkan pagpag, dalam pada itu ada juga yang pergi sendiri ke restoran segera untuk memungut hasil buangan itu.
Menerusi perkongsian sebuah video dokumentari yang memaparkan mengenai kisah ini, penduduk di kawasan Tando, ada diantaranya menjadikan menu hidangan ini sebagai bahan jualan mereka.
“Saya dahulu menjual buah…tetapi kini saya menjual pagpag, kerana ia sememangnya laku,” kata seorang pengusaha wanita pagpag ketika ditemubual.
Katanya, sisa ayam yang mereka ambil itu, dibersihkan dahulu sebelum dimasak semula.
“Saya menjualnya dalam pelbagai saiz, dari harga 20peso (RM1.81) sehingga 50peso (RM4.53), kadang-kadang ada jiran yang minta diskaun, mereka susah termasuklah saya,” katanya yang mendapat keuntungan dalam 200peso (RM18.12) dalam sehari.
Dalam pada itu, menurut seorang wanita berkata, dia terpaksa makan pagpag kerana dia tidak mempunyai cukup wang untuk membeli hidangan makanan yang lain.
“Kami tidak mempunyai cukup wang untuk membeli makanan lain,” ujarnya.
ISU KEBERSIHAN JADI PERSOALAN.
Ada segelintir masyarakat yang mempersoalkan mengenai tahap kebersihan hidangan ini, namun menurut seorang wanita yang lazim menjadikan pagpag sebagai hidangan harian keluarga mereka, masalah kebersihan tidak timbul.
“Jika kamu tahu masak pagpag ini, kamu tidak akan ditimpa penyakit,” katanya yang memberitahu bahawa ayam itu sebelum dimasak perlulah direbus dan dibersihkan terlebih dahulu.
Pagpag selalunya akan dimasak bersamanya, kicap,sos, cuka dan garam serta sedikit sayur.
Sumber: Sinar
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW